Pada tahun 1997, Malaysia dilanda masalah jerebu rentas sempadan yang pertama dan yang paling teruk. Lebih 20 tahun kemudian, kita masih lagi mengalami isu pencemaran udara yang sama daripada jerebu hampir setiap tahun.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, jerebu yang melanda pada tahun 2019 telah mengakibatkan kenaikan kes asma dan konjungtivitis di seluruh negara.
Dalam masa dunia masih mengharungi wabak pandemik Covid-19 yang sudah diketahui melemah kan paru-paru, mampukah kita hidup dalam satu lagi ancaman pencemaran udara domestik dan jerebu rentas sempadan?
Udara bersih dan bebas jerebu bukan satu kemewahan, tetapi HAK ASASI MANUSIA.
"Asap terlalu tebal. Pagi subuh tidur kami dikejutkan dengan bau yang perit terasa sesak nafas, rupanya berasap sejak dari lewat malam lagi.”
Menderita akibat pencemaran jerebu domestik yang berulang sejak 2010 sehingga 2020 terasa terlalu berat untuk ditanggung oleh Dr. Teckwyn Lim sekeluarga, terutama bagi ibu mertuanya yang menghidap diabetes dan anak perempuan yang masih kecil.
"”bu mertua saya didiagnos kanser paru paru dan kami tiada pilihan selain berpindah keluar dari kawasan itu, berpuluh kali saya melawat tapak kebakaran dan dah terlalu banyak laporan diadukan kepada pihak bomba, Jabatan Alam Sekitar dan Kementerian Wilayah Persekutuan."
"Setakat ini tiada sebarang tindakan yang diambil dan aktiviti pembakaran masih berterusan."
Dr Lim mendapati bahawa asap jerebu di Shah Alam berpunca daripada pembakaran tanah gambut di Johan Setia, Klang, yang terletak beberapa kilometer dari Kota Kemuning.
Para petani membakar tanah gambut tersebut setiap kali selepas menuai dan juga ketika musim kemarau, kebakaran ini sering merebak di luar kawalan.
Kisah anda membawa memberi impak!
Bantu dan sokong kami dengan berkongsi kisah anda yang mungkin mampu mengubah segalanya.
Seperti Dr Lim, setiap suara adalah penting, tidak kira besar atau kecil, masalah yang kita hadapi boleh memberi impak yang lebih besar dan menyentuh kehidupan orang lain apabila ia dikongsi.
Dari isu kesihatan, kesan emosi dan faktor kewangan boleh memberi inspirasi untuk perubahan.
Bangkit untuk Malaysia Bebas Jerebu.
Bangkit untuk udara bersih diangkat sebagai hak asasi manusia!
Sokong kempen dengan menyerahkan cerita anda tentang kesan jerebu ke atas anda dan orang tersayang anda.
, terima kasih atas cerita anda!
Berikut ialah cara lain anda boleh membantu membuat perubahan.
Kongsi untuk meningkatkan impak global anda.
Terdapat banyak cara untuk menyertai tindakan Greenpeace. Salah satu daripadanya ialah membantu berkongsi kempen kami di media sosial!
Ambil tindakan.
Kami bertindak dengan harapan dan keazaman untuk menghadapi perkara yang mustahil. Kita sebagai orang biasa boleh memulakan satu bilion tindakan keberanian bersama-sama. Sertai pergerakan hari ini.
Malaysia Bebas Jerebu
Udara bersih, bebas daripada jerebu adalah hak asasi manusia yang kini perlu kita lindungi.
Jadi surkarelawan
Sukarelawan di seluruh dunia membantu dengan pelbagai tindakan, termasuk menganjurkan tindakan tempatan.
Menyumbang
Derma dan sokongan anda akan membantu kami menyiasat, mendokumentasikan, berkempen isu.